Apa itu Ice Cream Sandwich?

Apa itu Ice Cream Sandwich?

Salam. entri pagi ini nak cerita Apa itu Ice Cream Sandwich?

Ice Cream Sandwich (ICS) adalah generasi baru OS Android yang akan diperkenalkan oleh Google selepas versi Gingerbread untuk smartphone dan juga Honeycomb yang dikhaskan untuk tablet.

Apa yang menariknya tentang ICS ni adalah keupayaannya untuk dioperasikan bukan sahaja pada smartphone, malah boleh digunakan pada tablet atau peranti mudah alih yang lain.

Ini bermaksud dengan hanya satu OS yang sama ia boleh mengoperasikan lebih dari satu jenis peranti yang berbeza tanpa masalah.

Menurut maklumat. OS ini akan diperkenalkan pada hujung tahun 2011 ini.

Bagi sesiapa yang memiliki smartphone Adroid model lama boleh menyokong OS terbaru ini nanti setelah Google mengeluarkan kenyataan. Tidak kira berapa lama pun usia smartphone tersebut.

Namun disebabkan oleh faktor keupayaan perkakasan yang digunakan pada setiap smartphone adalah tidak sama. Maka sesetengah fungsi hanya boleh digunakan pada smartphone tertentu sahaja.


Tag : android
0 Comments for "Apa itu Ice Cream Sandwich?"

Back To Top